Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Penduduk waspada dengan kenaikan harga beras antarabangsa

Masyarakat berwaspada dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, bahawa harga beras di pasaran antarabangsa dijangka terus meningkat.

Berikutan pengumuman itu, penduduk di Kelantan mula membeli beras untuk simpanan bagi mengelak bekalan makan ruji itu kehabisan di pasaran.

Mohd Nazir Jusoh, 44, berkata buat masa ini penduduk berwaspada dengan kenaikan harga beras di pasaran apatah lagi untuk menampung keperluan pengguna yang ramai.
Beliau berharap kerajaan bertindak lebih awal bagi menangani kenaikan harga beras negara.

"Kerisauan itu memang ada tetapi, bagi kita di Kelantan masih mengguna beras siam untuk keperluan harian walaupun harga mahal,” katanya.

Peniaga restoran di sini, Romana Daud, 31, berkata kenaikan harga makanan di pasaran bukan disebabkan kenaikan harga beras tetapi barang lain terutama minyak.

"Kalau minyak naik barang pun naik termasuk beras, atau apa saja keperluan pengguna akan naik,” katanya.

 

- Berita harian-

Komen (0)add comment

Tulis komen.

busy