Seorang kawan penulis bertanya, kamu dah baca kah surat akhbar hari ini?, kenapa!!, Eh kan Spanyol malam tadi menang, 400 ratus bookie judi bola kena cekup, rampasan duit pertaruhan bernilai ratusan juta ringgit, surat akhbar mana, aku bertanya?. Eh kamu ni, tentulah dalam Utusan, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Sinar dan macam2 lagi yang dia sebut, arif sungguh dia tentang surat2 akhbar.
Bak kopi secawan katanya pada mamak roti canai sambil berteriak "cepat la sikit saya banyak ngantuk la, malam tadi tengok Bola". Patut la mata beliau merah membengkak kerana tengok BOLA.
Dalam saya mengamati cerita dalam akhbar "Harakah", beliau sambil menghirup kopi bertanya, kamu baca surat akhbar apa tu, saya jawab Harakah dan sambil mnghulur kepada nya akhbar Keadilan, dengan harapan ikhlas beliau dapat tengok muka depan pun jadilah yang bertajuk Ada Niat Jahat, kalau dah kaki membaca surat akhbar, apa2 berita pun dia akan tengok, tidak kiralah sekadar tengok gambar atau tajuk, masuk atau tidak terpulang pada daya pemikiran nya, alih2 dalam beliau menghayati akhbar tersebut, terus dia bangkit dan memanggil mamak roti canai sambil teriak anne KIRA la, eh kamu nak balek dah, sapa saya pada nya.
Ya jawabnya spontan sambil berkata pada saya, pinjam kat aku surat akhbar ni, nanti dah habis baca aku hantar dekat rumah kamu BoleH!!!, ok jawab saya.
Mengenai surat akhbar pro KERAjaan BN, memang hebat2 belaka, banyak sungguh pembaca dan peminat nya jika nak banding terbitan parti pembangkang, apa tidak nya segala berita sensasi belaka, yang paling sensasi nya ialah cerita BOHONG, GEMPAR, PUTAR BELIT dan kuat FITNAH, penulis tersangat lah menunggu, bila lah Rakyat Malaysia akan mengistiharkan surat2 akhbar pro KERAjaan ini sebagai KURAFAT, dan tindakan boleh diambil oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Paling benar dalam surat akhbar tersebut ialah keputusan MAGNUM, TOTO, KUDA dan DA MA CI termasuklah kehebatan ARTIS dan SUKAN. Bukti nya saya telah membawa kepada kawan2 di warung mamak iaitu UTUSAN MELOYA'SIA, satu edisi Utara, satu edisi Timur dan edisi Selatan, tarikhnya adalah pada hari yang sama, hairan kawan2 di warung tersebut, bagaimana saya boleh perolehi ketiga2 edisi pada hari yang sama, jawapan nya ialah melalui driver Bus Express. Dalam muka surat hal2 politik di edisi Utara bertajuk "Rakyat kelantan kebuluran dibawah kepimpinan Pas", edisi Timur pulak "Rakyat Kedah kebuluran dibawah Kerajaan Pakatan", edisi Selatan lagi canggih berita nya "PM kesal di atas kebuluran dan kesusahan rakyat Kelantan dan Kedah dibawah Kerajaan Pakatan".
Kenapa ianya jadi begini, kerana inilah secara seni dan tersusun yang di buat oleh akhbar2 pro BN untuk pecah dan perintah fikiran rakyat terutama orang2 Melayu.
Penulis sengaja memberi bukti di atas supaya kawan2 dan para pembaca dapat saling membantu menghebahkan pada kawan dan taulan, sanak2 saudara supaya "STOP IT" dari melanggani akhbar sebegini rupa, hanya dengan kerjasama ini, kita dapat meyelamatkan rakyat Malaysia dari menjadi BUTA FIKIRAN dan BUTA PERUT, kerana itu lah kehendak pemimpin2 KERAjaan BN kerana mereka semua nya adalah BUTA HATI.
Jika cerita pasal skandal artis2 Malaysia mak oii, dua tiga hari dijadikan sensasi, tetapi bila runtuh nya stadium di Trengganu, maka keluar di muka depan dalam tajuk2 berita kecil, bila membaca diruangan berita tersebut, maka ringkasan berita ialah perkara keruntuhan ini akan dibincang dalam mesyuarat Menteri2 Kabinet itu pun dalam sehari sahaja , sahingga kini rakyat masih belum mendapat penjelasan yang tepat apakah yang menyebabkan stadium itu boleh menyembah ke bumi, jawapan nya ialah KENA SENYAP, jangan HEBOH2 tapi SUREHEBOH.
Mengapa BN takut sangat pada Akhbar HARAKAH, SUARA KEADILAN dan ROKET ???????, pelik tapi benar. Jawapannya kerana pemimpin BN takutkan pada hantu ALTANTUYA, TEOH BENG HOCK, APCO dan FELDA, kerana ketakutan pada hantu2 ini, maka eloklah orang Melayu dalam UMNO keluar dari UMNO dan untuk MIC, MCA keluarlah dari Barisan dan masuklah Pakatan supaya hantu2 ini tidak mengigit kamu.
TUN Mahazalim pun tidak percaya lagi bahawa wawasan 2020 beliau akan berjaya, kerana katanya PM kita ini terlalu banyak penyakit kurap yang tiada ubatnya.
Sebagai luahan akhir, penulis beranggapan bahawa surat2 khabar pro BN ini, ibarat surat akhbar lama "Old News Paper", termasuklah BARISAN NASIONAL, bila dah terlampau lama, pelbagai perkara yang dah tidak betul lagi, ibarat orang dah tua, jalan dah terhoyong hayang, mata kelabu, terlinga pekak, enjin tua, yang paling dahsat sekali ialah NYANYUK. Bila dah jadi begini, apalagi REFORMASI lah pembacaan anda ke arah perkara yang benar.

| Seterusnya > |
|---|