Anda di sini:

Talkjanz dotCom

UMNO AKAN HILANG KETUANAN MELAYU

*Hasil kajian oleh Ikatan Sosial Melayu (ISM) 2008

 

 

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!!!

 

Inilah kata – kata keramat yang biasa kedengaran dan dilaungkan oleh pemimpin UMNO. Adakah ianya hanya retorika politik semata – mata ? Adakah ini bermakna institusi Melayu tidak boleh dipertikai haknya? Apakah ini yang diperjuangkan UMNO dulu, kini dan selamanya?

 

Jelasnya ramai di kalangan pemimpin UMNO kini risau dan gusar tentang hilangnya jasad ketuanan melayu itu. Kegusaran itu dapat dibayangkan dalam ucapan Dato’ Muhammad Taib ketika bersama pengundi di Dun Permatang Pasir baru-baru ini. Namun jika dilihat kepada hasil kajian oleh ISM ( badan NGO )di atas, memperlihatkan UMNO telah pun hilang penguasaannya terhadap orang Melayu. Sudah pasti kehilangan penguasaan ini akan membawa hilangnya retorika ketuanan melayu yang diperjuangkan oleh UMNO. Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh juga akan menjadi tanda aras kepada penerimaan orang melayu terhadap UMNO sebagai pejuang ketuanan melayu.

 

Kini terdapat 3 parti melayu yang dominan di Malaysia iaitu UMNO,  PAS dan PKR. Setelah 50 tahun merdeka, UMNO dilihat gagal dalam mempertahankan ketuanan melayu. Antaranya:

  

1)      Bahasa Melayu

Bahasa Melayu sudah tidak diletakkan sebagai bahasa pengetahuan/ilmu setelah pelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

 

2)      Ekonomi Orang  Melayu

Ekonomi orang melayu masih jauh ketinggalan. Walaupun DEB dirancang untuk mendekatkan jurang ekonomi namun sehingga kini ternyata gagal. Orang melayu masih gagal mencapai ekuiti 30% walau pun kuasa kerajaan di tangan orang melayu.

 

3)      Ketuanan Islam

Kelemahan pimpinan UMNO dalam menangani isu-isu Islam menyebabkan munculnya gerakan mencabar kuasa Islam khususnya dalam persoalan murtad.

 

4)      Kuasa Raja

Pertembungan UMNO dengan istana semakin menjadi-jadi. Terbukti dalam isu perlantikan menteri besar Perlis dan Terengganu.

 

5)      Politik Wang

Perebutan jawatan yang begitu dahsyat dalam UMNO memualkan ahli-ahli UMNO. UMNO telah  hilang keperibadian melayu kerana berebut jawatan.

 

Sehingga kini, UMNO masih gagal untuk menstabilkan suasana politik dalamannya. Tidak hairan rakyat  di peringkat akar umbi akan semakin bosan dengan gelagat dan perangai pemimpin-pemimpin UMNO. Walau pun proses peralihan kuasa yang dijanjikan oleh kepimpinan UMNO telah dipamirkan namun sebenarnya ahli-ahli UMNO mahukan proses itu berlaku lebih cepat lagi. Bak kata seorang veteran UMNO yang ditemui` lagi cepat lagi baguih..awat tak hujung tahun ni ja tukaq presiden teghuih’.

 

Justeru itu, ahli-ahli UMNO adalah dianggap bijak jika segera bertukar arah dalam menentukan perjuangan ketuanan melayu. Pilihan yang ada ialah semestinya bersama dengan Pakatan Rakyat.

Komen (0)add comment

Tulis komen.

busy