Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Altantuya, Kapal Selam dan Rasuah.

Siri 02 – Apakah anda masih ingat?

Suaram, sebuah pertubuhan hak asasi di Malaysia, mengupah peguam untuk mendesak Pejabat Pendakwaraya Perancis (Paris Prosecution Office) bagi menyiasat penjualan dua kapal selam kepada Tentera Laut Di Raja Malaysia. 

Suaram terdesak mengambil tindakan itu kerana mendakwa berkeyakinan wujudnya kegiatan berunsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia, yang sekaligus merupakan sebab-punca ngeri pembunuhan Altantuya Shaaribuu, wanita Mongolia berumur 28 tahun secara kejam menggunakan bahan letupan C4.

Meskipun Mahkamah Malaysia telah menjatuhkan hukuman mati ke atas bekas pegawai keselamatan Perdana Menteri yang disabitkan kesalahan membunuh wanita Mongolia, namun motif pembunuhan sebenar tidak dapat dikenalpasti. Apakah ia akan kekal sebagai kes X-file, pembunuhan tanpa pembunuh sebenar.

Cerita sebenar tentang dakwaan yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang diupah Razak Baginda, P Balasubramaniam tentang hubungan Najib dengan Altantuya masih menjadi tanda tanya. Dakwaan tentang perjumpaan beliau dengan Nazim, adik Najib pun menantikan penjelasan termasuk cerita Musa Safri, ‘chief of staff’ Najib, yang Razak Baginda rujuk untuk menapatkan bantuan menangani gangguan Altantuya.

Semasa perbicaraan tidak ada sebutan dibuat tentang pembelian kapal selam ini, sekaligus sebagai satu usaha pihak pendakwa raya utuk tidak melibatkan Najib dalam hal pembunuhan ini. Beberapa pihak telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun pihak PDRM sehingga kini, tidak mengambil apa-apa tindakan susulan.

Untuk ingatan umum kapal selam scorpene ini dibuat tempahan oleh PM Najib yang ketika itu ialah Menteri Pertahanan Malaysia pada tahun 2002 dengan harga RM4.7 billion.

Perjanjian kontrak pembelian ialah dengan syarikat Peranchis Shipyard DCNS yang telah bergabung dengan Armaris, yang bertanggungjawab membekalkan dua buah Scorpene dan sebuah kapal selam Agosta yang dibaikpulih (refurbished) kepada Tentera Laut Di Raja Malaysia.

Sebuah syarikat bernamaPerimekar diberikan satu kontrak secara runding terus, bukan membida terbuka, untuk membuat perolehan (procurement) tentang kapal selam tersebut. Perimekar dimilikk oleh Ombak Laut yang dimilikki seluruhnya oleh Abdul Razak Baginda, yang mengetuai sebuah badan think-tank “Malaysian Strategic Resource Centre’ yang rapat dengan Najib.

Perimekar sebuah syarikat yang ditubhkan pada tahun 2001, beberapa bulan sebelum kontrak dimeterai juga meletakkan Mazalinda, isteri Razak Baginda sebagai pemilik saham terbesar. Tidak seorang pun pengarah Perimekar mempunyai latar belakang dan kepakaran dalam bidang kapal selam dan perolehan senjata tentera laut..

Perimekar, dalam pada itu mendapat bayaran komisyen sebanyak RM500 juta (€114 million). Bayaran dikatakan ‘perkhidmatan koordinasi dan bantuan’ atau ‘

Rakyat masih ingat penjelasan yang dibuat oleh timbalan menteri pertahanan di parlimen, ketika diminta penjelasan, menyebutkan bahawa kononya amalan tersebut satu yang biasa di Malaysia. Tidak pernah diperjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan selepas jualan di atas (after sale support) yang diberikan oleh Perimekar.

Pada bulan Oktober 2009, Timbalan Menteri Pertahanan memberitahu Dewan Rakyat bahawa pembelian dua buah kapal selam itu tidak dibuat secara terbuka justeru kerana untuk menjaga kerahsiaan sistem pertahanan dan keselamatan Negara.

Beliau juga menyebutkan tentang kos penyelenggaraan kedua-dua kapal selam tersebut berjumlah RM270 juta setahun dan ia diselenggarakan di pengkalan navi Sepanggar. Dalam laporan yang lain pula (The Star, Mac 2009), seorang timbalan menteri pertahanan yang lain menyatakan bahawa kementerian Pertahanan telah meluluskan tawaran sebuah syarikat untuk memberi perkhidmatan ‘escape and rescue’ untuk RM98 juta setahun untuk selama 20 tahun.

Transparency International, sepertimana juga kenyataan semua badan pemantau intgeriti global, sememang mengakui bahawa perdanagan senjata adalah paling korup daan terdedah kepada amalan rasuah. Perolehan persenjataan merupakan 50% dari keseluruhan perdangangan yang melibatkan rasuah dan komisyen pembelian senjata dianggarkan dalam lingkungan 10% dari nilai kontrak.

Ketirisan dan kebocoran dalam system ‘delivery’ dalam perolehan adalah antara lubuk rasuah paling ‘dalam dan kotor’ yang wajar ditangani segera oleh sebuah pemerintahan yang mahukan sebuah pemerintahan yang telus, bertanggungjawab dan bersih rasuah serta penyalahgunaan kuasa.

Komen (0)add comment

Tulis komen.

busy