Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Feb03

Dibelasah 10 pelajar

Seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Alor Akar,Kuantan, di sini, cedera di muka dan belakang selepas mendakwa dibelasah sekumpulan 10 pelajar lelaki dalam kawasan sekolahnya, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga pemain skuad bola sepak bawah 18 tahun Pahang dikatakan baru selesai menjalani latihan di padang sekolahnya apabila didatangi kumpulan pelajar terbabit.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya apabila terus dibelasah kumpulan pelajar terbabit dipercayai dari sekolah menengah lain berhampiran.

Menurut mangsa yang enggan dikenali, kumpulan pelajar terbabit dikatakan sudah menunggunya di belakang pondok pengawal sekolah dan terus bertindak membelasahnya.
 
Jun08

Tambang bas sehala JB-KL naik hingga RM60

Segelintir pengusaha bas ekspres di Terminal Bas Larkin di sini didakwa menaikkan tambang mereka melebihi 40 peratus dengan alasan kenaikan harga minyak.

Tindakan tersebut membebankan pengguna yang terpaksa membeli tiket yang mahal itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Seorang pelajar, Farah Ishak, 16, berkata, dia membeli tiket bas untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Shah Alam pada harga RM55 untuk perjalanan sehala berbanding harga RM30 sebelum ini.

“Terkejut juga saya sebab selalunya kalau tambang naik pun setakat RM5 sahaja tetapi kali ini ia naik sampai RM15 berbanding tambang asal,” katanya ketika ditemui di terminal itu hari ini.

 
Nov01

NURI DI ANGKASA, UMNO DI DARAT, BAGAIMANA KESELAMATAN NEGARA?

Oleh: Pesara Air Crew Nuri

 Baru ini Negara dikejutkan oleh harga pembelian helikopter EC-725 yang harganya sepatut RM82 juta sebuah tapi mencecah sampai RM 193 juta (Rm111 juta lebih ni nak masuk poket siapa?).  Paklah terpaksa  “Tangguh” pembelian tersebut konon nya memandang kepada ekonomi Negara tidak teguh dan begitu juga ekonomi global, sedangkan Najib sebagai Menteri Kewangan beriaya benar ekonomi Negara sedang membangun dan naik. Yang mana satu benar di atas kenyataan PM dan TPM ini tidaklah dapat di ketahui bentuk kebenaran dan alasan nya,  tapi apa yang jelas di sini menteri-menteri di Malaysia adalah umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang berdasarkan politik suku sakat dan berdaya ampu sana, ampu sini.

 
Nov05

KHABI PA ALI KHABI FAULT

Antara Angan dan Hayalan Penyu

 Oleh: Pemuda Pas Frust, Trengganu
Pertama penulis ingin membawa sebuah cerita genetik, tentang sikap sekor penyu supaya para pembaca dapat keputusan analisa adakah terdapat makhluk allah yang bernama manusia ini mempunyai seteriotaip genetik seperti seekor penyu, jika benar maka sila perakui kebenaran nya dan jika tidak maka “let all the follower face theirself into the mirror”, tengok2 mungkin terdapat perangai jenis mahkluk yang lain pulak, maka bertambah bahaya pulak.

Penyu dianggap spesis yang mempunyai kehidupan dua alam, darat pun boleh, laut pun boleh, kemampuan nya berenang beribu kilometer di lautan dikira universal first class record, bukan guiness world of record dalam Astro atau TV3 Malaysia Network.
 
Jan17

Keputusan Rasmi - PAS menang di Kuala Terengganu

 

 9.30 malam Calon PAS, Mohd Abd Wahid Endut telah memenangi pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Keputusan itu diumumkan oleh Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan sebentar tadi.

Mohd Abdul Wahid memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dengan 30,252 undi. Sementara itu, calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi sekaligus kehilangan wang deposit.

Beliau menang dengan majoriti 2,631
 
Sekian lapuran dari Kuala Terengganu.
 
takbir ! takbir ! takbir !

 

 
Halaman 1 daripada 65