Another great RocketTheme Joomla Template brought to you by the RocketTheme Joomla Template Club.
Laman Utama
Husam nafi halang rundingan PAS-Umno
Ditulis oleh Webmaster   
Khamis, 28 Ogos 2008
husam musa bangsar 080408 leftDatuk Husam Musa menafikan beliau menyusun barisan pemimpin atasan parti, yang digelar "kumpulan Erdogan", untuk menghalang rundingan PAS-Umno kerana tidak pernah tahu-menahu tentang pertemuan itu.

"(Pertemuan) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (20 Julai lepas), saya langsung tidak tahu walaupun saya naib presiden PAS.

"Jadi macam mana saya hendak mengatur supaya perjumpaan mereka gagal sedangkan saya tidak diberitahu walaupun saya naib presiden PAS," kata pemimpin kanan itu.

"Dalam mesyuarat pun, tidak pernah dimaklumkan adanya perjumpaan pemimpin PAS dengan pemimpin Umno. Jadi, tidak timbul masalah saya hendak ganggu perjumpaan tersebut."
 
Agenda Daily, Sasau ke Bangang?
Ditulis oleh Webmaster   
Khamis, 28 Ogos 2008

Itulah tajuk berita (cerita?) dari laman web yang baru-baru ini manganjurkan dua debat yang kononnya untuk memupuk budaya ilmiah dan intelek dikalangan rakyat Malaysia.
 
Namun jika berita diatas dijadikan ukuran kejayaan program yang dianjurkan tersebut, ternyatalah hasilnya tidak sepertimana yang diharapkan. Analisa keputusan pilihanraya yang dibuat oleh laman tersebut tidak langsung mencerminkan ke bijaksanaan penulisnya. Dalam lain perkataan 'macam orang bangang'.
 
Anwar selesai angkat sumpah sebagai ahli Parlimen
Ditulis oleh Harakahdaily   
Khamis, 28 Ogos 2008

 KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10.03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Mstar melaorkan, selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatangani surat akujanji.

Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

 
Anwar Menang, ramai jadi sasau!
Ditulis oleh Webmaster   
Khamis, 28 Ogos 2008

Cuba perhatikan keputusan rasmi (klik gambar diatas) yang di siarkan oleh Berita Harian didalam ruangan khas PRK Permatang Pauh tempohari. Jumlah pengundi yang keluar mengundi 40,528. Sifir apa agaknya yang mereka digunakan untuk menentukan jumlah keluar mengundi. Atau mereka memang telah sasau...

 
Terbukti !!! Isu liwat ciptaan BN
Ditulis oleh Webmaster   
Rabu, 27 Ogos 2008

 Utusan Malaysia hari ini 27/8/2008, telah menyiarkan kenyataan TPM DS Najib tentang kekalahan BN di PRK P44 Permatang Pauh. Antara perkara yang telah diulasnya ialah berkaitan isu liwat yang dihadapkan kepada DS Anwar.

"Ia mungkin relevan di peringkat nasional tetapi bukan di Permatang Pauh." katanya.

Bukankah ini membuktikan bahawa isu liwat ini sengaja di ada-adakan BN untuk menjadi sebagai bahan kempen pilihanraya ataupun peluru untuk disasarkan kepada musuhnya iaitu DS Anwar.

Malangnya peluru tersebut tersasar jauh menyebabkan ramai yang menjadi sasau...

 

 

 
Tak pelik jika DAP tak mahukan Islam
Ditulis oleh Webmaster   
Rabu, 27 Ogos 2008

 Tak pelik jika DAP tak mahukan Islam, yang pelik ialah orang Islam sendiri tak mahu kepada Perundangan Islam. Selama lebih  50 tahun Umno bersekongkol dengan MCA,  dan MIC dalam BN, adakah UMNO berjaya memberi kefahaman Islam kepada mereka.

PAS dan DAP hanya pernah bersama dalam BA sekejap pada tahun 1999 dan hanya tak sampai 6 bulan bersama dalam PR. Maka telah menjadi kewajipan dan tanggungjawab PAS untuk mengambil peluang ini memberi kefahaman tentang Islam yang sebenarnya kepada mereka.

Artikel dibawah adalah luahan rasa yang tak ketauan arah oleh seorang yang mengimpikan kerjasama dengan Umno menjadi kenyataan dan mahukan agar keutuhan Pakatan Rakyat  tergugat dan hancur berkecai.

Hang jangan buat penin la Roslan...

 
Anwar kembali ke Parlimen selepas 10 tahun
Ditulis oleh mStar   
Selasa, 26 Ogos 2008
 
PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan telah dipecat dari Umno dan kerajaan pada September 1998.

Minggu depan genap 10 tahun beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Selepas keputusan rasmi diumumkan, Pusat Operasi Utama PKR didendangkan dengan lagu "We Are The Champion". Bagaimanapun Anwar tiada di sini.

 
Anti Husam
Ditulis oleh Administrator   
Ahad, 24 Ogos 2008

Satu blog khas dibangunkan secara khusus untuk mengecam Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang dianggap mewakili kumpulan yang menentang rundingan sulit parti itu dengan Umno.

Selain itu ia juga mengutuk beberapa pemimpin kanan PAS yang digelarnya "kumpulan Erdogan" yang didakwa diketuai oleh Husam.

Setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli turut menjadi mangsa serangannya. Terbaru, sasarannya dihadapkan kepada timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad

Ikuti penjelasan dan jawapan Ir Khalid Samad melalui blognya (www.khalidsamad-shahalam.blogspot.com ) berkaitan tuduhan yang dibuat oleh pemilik blog yang menamakan blog nya antihusam.

 
SAH!!! Anwar Menang di Permatang Pauh.
Ditulis oleh Administrator   
Selasa, 26 Ogos 2008
  • KEPUTUSAN RASMI:DS Anwar Ibrahim (PR) - 31,195,Arif Shah (BN) - 15,524Bebas (AKIM)-92. Majoriti - 15,671
  • 9.00 malam -  Keputusan tak rasmi Anwar menang majoriti 17652 undi
  • 8.30 malam -  Anwar telah memperoleh 31,949 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 14,297 undi manakala AKIM menerima 74 undi.
  • 8.30 malam - Maklumat dalam dari PKR, kemenangan Anwar majoriti sekitar 15000 undi
  • 8.15 malam - Anwar telah memperoleh 22,659 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 10,999 undi manakala AKIM menerima 22 undi.
  • Keputusan tak rasmi, 8.05 malam - DS Anwar menang di Parlimen Permatang Pauh - Berita TV3
  • TERKINI -Keputusan tak rasmi 7.15 malam, DUN Seberang Jaya jatuh ketangan PR-5,865, BN-1977
  • Kubu kuat BN di SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya jatuh ke tangan PR dgn Majoriti 970 undi.
  • Semua peti undi DUN Permatang Pasir di sapu bersih oleh PR
  • Peti Undi Kampung Belah Dua, DUN Seberang Jaya PR Menang 312 undi
  • Jam 7.03 pm. Setakat ini keputusan tak rasmi empat kawasan mengundi sudah diperolehi. Dan PKR mendahului dengan 4377 undi berbanding BN 728 undi.undi rosak 18.
  • Peti Undi Kampong Pertama (Tok Kandu), DUN Seberang Jaya PR menang 449 undi
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 19 dari 149
© 2008 Talkjanz DotCom
Sebarang Pertanyaan Hubungi : Alamat emel ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan benarkan Javascript untuk melihatnya