Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Jul18

NAK JADI ORANG TENGAH?

Lazim nya bila bicara tentang sebutan orang Melayu tentang kata nama "ORANG", maka terbitlah perkataan kamu ni Orang Minyak atau Orang Bunian dan terhebat sekali ialah kamu ni Orang UMNO atau PAS maupun KEADILAN, jadi jarang2 kedengaran orang nak jadi Orang Tengah, jika ada pun pengadil dalam perlawanan bola sepak senentiasa ke tepi, ke tengah dan ke penjuru dalam perlawanan bola sepak tersebut dan jarang2 sekali jadi orang tengah    padang, itu pun kerana nak mulakan perlawanan. 

Setahu saya perjawatan yang di sandang dalam Intitiusi Kerajaan dan Jabatan hanya lah kepada Kementerian dan Jabatan yang di sandang, sama ada jadi pengarah atau kuli, tetapi dibawah Kerajaan Barisan National sejak di zaman penguasaan Mahathir, perubahan gila2 telah berlaku, Ketua Pengarah dan Ketua Jabatan pun dah di arah menjadi  "Orang Tengah" pada kehidupan rakyat  yang mengamal demokrasi  Politik sihat dalam Tanah Air, jawapan nya, Lu fikir La   sendiri mengapa terjadi begini, bagi penulis ini menunjukkan UMNO dah menanti saat "rumah kata pergi, kubur kata mari", betul tak?.

 
Jul18

Ku Li: Potong subsidi tidak cukup elak pembaziran

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Tengku Razaleigh Hamzah mengingatkan pentadbiran Najib bahawa potongan subsidi sahaja tidak cukup untuk menstabilkan keadaan ekonomi sambil menegaskan, perdana menteri masih belum menangani rasuah dan projek-projek yang membazir dengan menyeluruh.

Bekas menteri kewangan itu menegur kerajaan tidak mengambil tindakan-tindakan sewajarnya untuk mengawal budaya rasuah selain memberi subsidi kepada organisasi-organisasi yang menggunakan wang pembayar cukai pada jumlah yang banyak.

“Adakah kerajaan gembira dengan situasi negara buat masa sekarang? Kajian Merdeka Center menunjukkan 70 peratus rakyat Malaysia tidak gembira (dengan situasi ekonomi negara).

“Adakah kerajaan akan memotong perbelanjaan di bidang-bidang lain? Ketirisan mengakibatkan lebih banyak kos berbanding subsidi.

“Mengapa tidak kerajaan melihat perkara ini?” kata Tengku Razaleigh (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam temu bual eksklusif di sini.

 
Jul17

HIDUP AKU IBARAT BURUH DI NEGARA SENDIRI (BN: BARANG NAIK)

Aku tinggal di section 7 Shah Alam, kerja aku hanya sekadar kuli di sebuah kilang di Kawaasan Industri Shah Alam, mempunyai anak 5, isteri aku buat kerja part time mengasuh anak2 jiran, bolehlah pendapatan rm500 untuk menampung kos saraan hidup kami.

Gaji aku, bila di tolak bayaran kereta Viva, loan rumah kos sederhana, makan minum kami sekeluarga, perbelanjaan anak2 aku yang form 1, darjah 5 dan darjah 3 ianya menjadi debit, atas jenama kasih sayang,  isteri aku menyerah duit penat lelah nya sebanyak rm500 untuk menampung kos kehidupan yang mencungap2 dibandar raya ini, jadi bila di odit tinggal lah dalam rm120 untuk kami menyimpan sebagai tabong kecemasan, tapi selalu nya tiap2 bulan ada saja perkara2 KECEMASAN, umpama deman dan duit2 sekolah yang datang meminta seperti Badan Kebajikan kepada IbuBapa,  jika tidak bagi, kata pula kita tidak jaga pendidikan anak2.  Jadi bila sampai hujung bulan tinggal lah dalam rumah ibarat duduk di wad ICU, faham2 aje lah.

 
Jul17

BN SURAT AKHBAR LAMA "OLD NEWS PAPER"

Seorang kawan penulis bertanya, kamu dah baca kah surat akhbar hari ini?, kenapa!!, Eh kan Spanyol malam tadi menang, 400 ratus bookie judi bola kena cekup, rampasan duit pertaruhan bernilai ratusan juta ringgit, surat akhbar mana, aku bertanya?.  Eh kamu ni, tentulah dalam Utusan, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, Sinar dan macam2 lagi yang dia sebut, arif sungguh dia tentang surat2 akhbar.

Bak kopi secawan katanya pada mamak roti canai sambil berteriak "cepat la sikit saya banyak ngantuk la, malam tadi tengok Bola". Patut la mata beliau merah membengkak kerana tengok BOLA.

Dalam saya mengamati cerita dalam akhbar "Harakah", beliau sambil menghirup kopi bertanya, kamu baca surat akhbar apa tu, saya jawab Harakah dan sambil mnghulur kepada nya akhbar Keadilan, dengan harapan ikhlas beliau dapat tengok muka depan pun jadilah yang bertajuk  Ada Niat Jahat, kalau dah kaki membaca surat akhbar, apa2 berita pun dia akan tengok, tidak kiralah sekadar tengok gambar atau tajuk, masuk atau tidak terpulang pada daya pemikiran nya, alih2 dalam beliau menghayati akhbar tersebut, terus dia bangkit dan memanggil mamak roti canai sambil teriak anne KIRA la, eh kamu nak balek dah, sapa saya pada nya.

 
Jul14

BOLEHKAH PAS MENAWAN HATI PENGUNDI MELAYU

Bagus juga persoalan ini, lalu penulis cuba nak masuk campur dalam memberi pandangan agar MELAYU yang ada, berfikirlah secara melayu berpendidikan bukan berfikir secara sekumtum bunga yang  me"LAYU". Setakat nak banci pendidikan Melayu ketika ini, tak payahlah krn pak mentua penulis pun form 3 graduate, jadi boleh berfikir secara graduatenya.

Jadi kena ingat bahawa kamu pemimpin2 PAS adalah Melayu, bila ada kesedaran kita ini berbangsa Melayu, maka kena kenal pasti diri kita dulu, ada atau tidak perangai2 Melayu?. Jika ada maka berat jadinya, jika tiada adalah baiknya pemimpin PAS ketika ini baca dan memahami penulisan saya agar PAS tidak di ibaratkan "PAHAT berbunyi RUMAH tak siap2".

 
Jul11

UMNO: Samy boleh jalan daa...

Najib killing Samy softly with his song

It did not need to be said outright, but it was clear from the lips of Prime Minister Najib Razak - time is running out for MIC president S Samy Vellu.

"I believe that BN can deliver if we are willing to change with the times, and if MIC can recognise the call of the Indian community.

"I don't want to speak on behalf of the Indian community, but ask yourselves what they want," said the premier, while Samy Vellu could only manage a faint smile.

Speaking at the opening of the party's 64th Annual General Meeting (left), Najib also told the party to get their house in order, lest another onslaught in the next general election proves fatal.
"As we move into the 13th general election, MIC must resolve their leadership problem in a way that strengthens MIC, and not to destroy the party.

"I don't want to interfere, but find a solution. And don't fight," he told the 3,000 delegates.

 
Jul11

Setelah lapan tahun Fadzil Noor pergi

SELEPAS 8 tahun Almarhum Ustaz Fadzil Noor meninggal, Jun 2002, Jun 2010 Ustaz Shukri pula  meninggal.

Memperingati lapan tahun Presiden PAS kembali menemui Tuhannya, PAS Kawasan Permatang Pauh menganjurkan majlis memperingati perjuangan pemimpin besar ulama negara dasawarsa 90an dan 2000.

Saya diberi penghormatan untuk meriwayatkan beberapa perkara penting dalam sejarah dan kehidupannya sepanjang lebih 60 tahun itu.

Bagi saya beliau dilahirkan bagi menjadi pemimpin Islam yang tabah, berhati-hati, teliti, berpandangan jauh dan berfikiran tajam serta penyabar.

Setelah menamatkan ijazah sarjana mudanya di Universiti Azhar, Ustaz Fadzil telah mendaftar untuk melanjutkan pelajaran ijazah sarjana. Ketika itu pemimpin Kedah Datuk Abu Bakar Umar, yang berkunjung ke Mesir mencadangkan kepada beliau agar menangguh pengajian dan pulang ke Kedah kerana PAS Kedah memerlukan pemimpin pelapis dan bakat dan ilmunya ada sudah memadai bagi memimpin PAS Kedah.

   
Jul06

Another Stupid Argument With A Stupid Lawyer

Zul Noordin now insists he is a PAS member

KUALA LUMPUR, July 6 — In a bizarre revelation today, independent MP Zulkifli Noordin claimed he is still a PAS member despite having been sacked from PKR earlier this year for breaking party discipline.

“I have neither left the party nor retracted my membership,” said the lawyer who stood on the PKR ticket for the Kulim-Bandar Baharu seat which he won in Election 2008.

He added that PAS should at least provide him with an official notification letter to indicate that his membership had been revoked.

 
Halaman 2 daripada 36

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa Dari Talkjanz.com

Inilah rupa otak pemimpin negara anda.

Dah lama dah...

by: Mahazalim
barisan rakyat
barisan rakyat

Shoutbox

Mesej Terbaru: 1 tahun lalu
  • amir_fiqah@ : salam..boleh saya dapatkan cerita terbaru di laman Talkjanz.com?
  • faqih : Salam. Marilah sama-sama menyebarkan maklumat mengenai ISLAM & POLITIK!, «link»
  • aLonG : tahniah tahniah tahniah...:D
  • fuiyong : waaa...laman ni dah lain laa :roll: :roll: :roll:
  • admin : Maaf kepada semua pengunjung yang tidak dapat mengakses laman ini selama seminggu. Ini adalah disebabkan masalah teknikal yang membabitkan proses memperbaharui domain. Harap maklum dan harap maaf.
  • admin : Salamat Datang ke Versi baru Laman Talkjanz.com

Sila LOGIN atau DAFTAR dahulu!

PR News Feed

Mainstream News Feed