Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Jun12

Selamat Tinggal Pakatan Rakyat

Mustafa Ali dilantik Setiausaha

KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali (gambar) yang dilihat pelbagai pihak sebagai penyokong kuat idea-idea Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilantik sebagai Setiausaha Agung parti itu berkuatkuasa hari ini.

Penyandang jawatan Bendahari, Dr. Hatta Ramli pula dikekalkan manakala Setiausaha Majlis Syura, Idris Ahmad dilantik sebagai Ketua Penerangan menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang menang jawatan Naib Presiden pada pemilihan minggu lalu.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman pula mengambil alih jawatan Ketua Pengarah Pilihan Raya yang dikosongkan oleh Mustafa.

 
Jun08

Siapakah orang itu...?

JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.

Ustaz Ahmad Awang, bekas Naib Presiden PAS Pusat, telah mengesahkan bahawa wujud usaha membawa PAS kepada UMNO dari pimpinan tertinggi PAS sendiri. Siapakah orang yang di maksudkan itu...

 
Jun07

Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan?
Setuju
Tidak
 
 
Jun07

Apa dah jadi...?

'Pengiraan undi hingga awal pagi' demikianlah tajuk berita yang dibawakan oleh Malaysiakini. Hanya 1200 undi perlukan tempoh masa yang begitu lama untuk mencari siapa pemenangnya.  Apa dah jadi Cg Pa? Nampaknya pemilihan akan datang PAS perlu mendapatkan khidmat SPR untuk mengendalikan pemilihannya.

Tempoh masa yang terlalu lama untuk mengira hanya 1200 undi mengundang pelbagai spekulasi. Antara artikel yang mengulas tentang perkara tersebut di tulis oleh blogger perak express didalam blognya.

   
Jun03

Tok Guru Nik Aziz rasa gembira ada Erdogan dlm PAS

JavaScript is disabled!
To display this content, you need a JavaScript capable browser.

KOTA BHARU ERDOGAN (PM Turki) berjaya memalukan PM Israel, kalau ada Erdogan dalam PAS, saya berasa gembira kerana Erdogan ini boleh memalukan golongan sekular dan mengalahkan Umno/BN,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru berkata demikian Selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru bernilai RM50 juta di Bekas Tapak Balai Polis IPD Kota Bharu hari ini.

Mengenai Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Mursyidul Am PAS berkata, kedua-dua ciri (Ulamak dan Profesional) itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

 
Mei30

Siapakah sebenarnya Ulama'?

Tajuk persoalan ini amat bertepatan dengan fenomena yang sedang berlaku menjelang berlansungnya Muktamar PAS Pusat yang ke 55. Fakta yang amat mudah difahami oleh orang yang mahu faham.

KEPIMPINAN ULAMA TERCABAR??

"apa pandangan anta tentang kepimpinan ulama yang semakin hari semakin dicabar?" seorang kawan melontarkan soalan untuk bertanya pandangan.

Mendengar soalan itu, aku terus menjawab, "kepimpinan ulama wajar di pertahankan. Ana rasa, apakah kepimpinan ulama tercabar itu, ia tidak berlaku sama sekali".

Mendengar jawapanku, kawan tersebut mengkerutkan dahinya. Sambil itu dia berkata, "anta tak nampak ke, sekarang golongan professional sedang usaha hendak melawan ulama?"

 
Mei29

Angkara siapa sebenarnya...?

Menjelang Muktamar PAS yang ke 55, rupanya ada sebuah kawasan yang tidak dapat menghantar perwakilan akibat digantung oleh PAS Pusat. Perkara ini dibongkar oleh akhbar Sinar Harian. Apakah puncanya penggantungan ini berlaku? Jika mengikut sesetengah ahli PAS di Seremban, ianya disebabkan oleh ada sikap berpihak oleh pimpinan PAS pusat dalam menyelesaikan kemelut tesebut.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, Mesyuarat Agung Tahunan 2003 yang telah mendapat restu YAB Tuan Guru Presiden melalui sepucuk surat kepada Setiausaha Kawasan ketika itu telah dibatalkan oleh Setiausaha Agung ketika itu iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa, kononnya pembatalan adalah keputusan Jawatankuasa PAS Pusat. Semenjak peristiwa tersebut PAS Kawasan Seremban terus bergolak sehinggalah kehari ini. Rata-rata ahli PAS disini percaya Pesuruhjaya PAS N9 iaitu orang kesayangan Ust Nasha yang menjadi dalang dan ramai yang berharap supaya beliau digantikan.

Kemelut Pas kawasan Seremban terbongkar


SEREMBAN – Sampai bila? Itulah keluhan yang kedengaran daripada sebahagian besar ahli Pas di sini mengenai penggantungan jawatankuasa Pas Seremban sejak kira-kira tujuh tahun lalu yang hingga kini belum ada sebarang tanda akan selesai.

Semuanya dikatakan berpunca daripada persidangan kawasan sekitar 2002 yang menyaksikan pertandingan jawatan Yang Dipertua kawasan apabila kedengaran suara-suara tidak puas hati dengan keputusan pemilihan.

Menurut sumber daripada Pas cawangan terdekat, isu penggantungan itu bermula apabila mesyuarat kawasan diisytiharkan tidak sah selepas ada beberapa ahli yang membuat aduan kepada Pas Pusat kerana tidak dipanggil bermesyuarat.

 
Mei29

Saya sokong cadangan Dr Harun Din!

Saya menyokong sepenuhnya cadangan Ustaz Dr Harun Din di dalam apa yang diSMSkan merata-rata sebagai "Jubli Kekempenan Ulama (baca: Ustaz Nasharudin Mat Isa)" di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar:
Keahlian PAS boleh menerima sesiapa sahaja yang Islam dan mereka adalah penentu kepada kepimpinan PAS itu sendiri. Ini akan membuka peluang besar kepada Umno atau musuh luar negara untuk meramaikan ahli PAS bagi tujuan mempengaruhi pemilihan PAS atau memenangkan musuh Islam yang sedang berada di dalam.
Seperti orang lain, saya juga sangat bimbang kepada musuh di luar negara. Sebab itulah, para pemimpin negara atau parti Islam mesti berhati-hati berurusan dengan pihak luar negara terutama negara-negara kuasa angkuh seperti Amerika Syarikat.
 
Halaman 7 daripada 36

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa Dari Talkjanz.com

Inilah rupa otak pemimpin negara anda.

Dah lama dah...

by: Mahazalim
barisan rakyat
barisan rakyat

Shoutbox

Mesej Terbaru: 1 tahun lalu
  • amir_fiqah@ : salam..boleh saya dapatkan cerita terbaru di laman Talkjanz.com?
  • faqih : Salam. Marilah sama-sama menyebarkan maklumat mengenai ISLAM & POLITIK!, «link»
  • aLonG : tahniah tahniah tahniah...:D
  • fuiyong : waaa...laman ni dah lain laa :roll: :roll: :roll:
  • admin : Maaf kepada semua pengunjung yang tidak dapat mengakses laman ini selama seminggu. Ini adalah disebabkan masalah teknikal yang membabitkan proses memperbaharui domain. Harap maklum dan harap maaf.
  • admin : Salamat Datang ke Versi baru Laman Talkjanz.com

Sila LOGIN atau DAFTAR dahulu!

PR News Feed

Mainstream News Feed