Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Apr08

Semoga Terhibur


bahagian 1
 
Apr08

PKR kekalkan penguasaan di Bukit Selambau


SUNGAI PETANI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan pengusaan mereka di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau apabila calonya, S. Manikumar memenangi pilihan raya kecil kawasan itu dengan memperoleh 12,632 undi.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang memperoleh 10,229 undi dan 13 calon Bebas yang lain dengan majoriti 2,403 undi.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Datuk Abdullah Mat Akhir di Dewan Sekolah Menengah Teknik 1 kira-kira pukul 10.50 malam ini.

Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V. Arumugam setelah mengalahkan calon BN S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.

 
Apr07

Nizar menang di Bukit Gantang

 

TAIPING: Calon Pas, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dengan memperoleh majoriti 2,789 undi mengalahkan dua pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) dan Bebas.

Bekas Menteri Besar Perak itu memperoleh 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian (19,071) dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris (62).

Pengumuman keputusan pilihan raya itu akan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mahmod Mursidi pada bila-bila masa di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT), di sini.

 

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Roslan menang dengan majoriti 1,566 undi mengalahkan M Murganan (Bebas) dan Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi (BN).

 
Apr07

Terkini di Bukit Gantang

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.

 

8.20pm Maklumat rasmi. PAS hampir mencapai kemenangan apabila mendahului di Bukit Gantang dengan majoriti 3,022. PAS mendapat 18,881 dan BN memperolehi 15,859 undi. Sebanyak 96 kotak undi telah dikira, kini tinggal 16 kotak lagi.

8.17pm Maklumat rasmi. PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2,691 undi. PAS 15,770 undi, BN 13,079 dan bebas 42 undi.

Setakat ini 81 kotak undi sudah dikira, tinggal lagi 31 kotak undi.

8.00pm Tidak rasmi PAS mendahului BN di Bukit Gantang dengan 2255 undi. PAS 16,316 undi, BN 14,061 dan bebas 40 undi.

 
Mac25

Nizar calon PAS di Bukit Gantang

perak cm mb mohamad nizar jamaluddinPAS memilih Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai calonnya untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Pengumuman tersebut akan dibuat malam ini.

Menteri Besar Pakatan Rakyat itu akan berdepan dengan calon BN Ismail Saffian, 49.

Ismail yang juga bekas ketua penerangan Umno bahagian, berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandang Roslan Shahrom daripada PAS pada 9 Februari lalu.

Penamaan calon akan berlangsung pada 29 Mac dan pengundian 7 April depan.

 
Mac20

PAS umum calon Bukit Gantang Isnin

KUALA TERENGGANU: PAS akan mengumumkan calonnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak pada Isnin ini, kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustafa Ali.

Beliau berkata nama calon parti itu akan diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Perak.

"Kita akan mengadakan mesyuarat pada 23 Mac ini dan pengumuman calon akan dilakukan pada sebelah malamnya," kata Mustafa di pejabat Badan Perhubungan PAS Terengganu di sini hari ini.

 
Mac20

Manikumar calon PKR di Bukit Selambau

manikumar pkr candidate for bukit selambau 190309 01Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan muka baru S Manikumar sebagai calon Pakatan Rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April depan.

Beliau membuat pengumuman tersebut di Sungai Petani pagi ini.

Seorang muka baru dalam arena politik, Manikumar, 35, dianggap sebagai pilihan yang mengejutkan untuk mewakili Pakatan dalam pilihanraya kecil yang anggap sangat penting ini.
 
Mac20

Mahathir sokong Muhyiddin

Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM - Malaysiakini

mahathir and rais yatim pc 190309 06

Setelah didapati bersalah oleh lembaga disiplin Umno atas tuduhan mengamalkan politik wang, Datuk Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan ketua menteri Melaka, kata mantan perdana menteri.

"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli Umno pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.

"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung.

 
Mac18

UMNO Parti Amalan Kurafat...Pak Lah di sihir?

Kertas jampi di bawah meja Pak Lah? (Malaysiakini)

Polis menemui dua kertas putih dan sepotong kayu kecil, dipercayai dijampi, yang diselitkan secara misteri di bawah meja Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di bangunan Umno.

Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.

Menurut laporan Sin Chew Daily, skuad pemusnah bom polis Kuala Lumpur menemui objek misteri itu dalam pemeriksaan rutin mereka beberapa hari lalu di bilik mesyuarat Umno di tingkat 39 bangunan ibu pejabat parti.

 
Halaman 10 daripada 36

Selamat Mengerjakan Ibadah Puasa Dari Talkjanz.com

Inilah rupa otak pemimpin negara anda.

Dah lama dah...

by: Mahazalim
barisan rakyat
barisan rakyat

Shoutbox

Mesej Terbaru: 1 tahun lalu
  • amir_fiqah@ : salam..boleh saya dapatkan cerita terbaru di laman Talkjanz.com?
  • faqih : Salam. Marilah sama-sama menyebarkan maklumat mengenai ISLAM & POLITIK!, «link»
  • aLonG : tahniah tahniah tahniah...:D
  • fuiyong : waaa...laman ni dah lain laa :roll: :roll: :roll:
  • admin : Maaf kepada semua pengunjung yang tidak dapat mengakses laman ini selama seminggu. Ini adalah disebabkan masalah teknikal yang membabitkan proses memperbaharui domain. Harap maklum dan harap maaf.
  • admin : Salamat Datang ke Versi baru Laman Talkjanz.com

Sila LOGIN atau DAFTAR dahulu!

PR News Feed

Mainstream News Feed