Untuk berlaku adil, saya siarkan sepenuhnya kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali yang saya copy and paste dari liputan TV Selangor hari ini bertajuk "Dr Hassan Ali nafi bertemu Mufti Perak bincang perpaduan Umno-Pas":
Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah menyekat malah sentiasa menggalakkan ahli-ahli Exconya mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka.
Pertemuan saya dengan Dato’ Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan pada kira-kira dua bulan yang lepas merupakan salah satu daripada “engagement” sedemikian yang dilakukan atas sifat saya sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab secara langsung antara lainnya portfolio Hal Ehwal Islam dan Adat-adat Melayu.


Bagus juga persoalan ini, lalu penulis cuba nak masuk campur dalam memberi pandangan agar MELAYU yang ada, berfikirlah secara melayu berpendidikan bukan berfikir secara sekumtum bunga yang me"LAYU". Setakat nak banci pendidikan Melayu ketika ini, tak payahlah krn pak mentua penulis pun form 3 graduate, jadi boleh berfikir secara graduatenya. 