Anda di sini:

Talkjanz dotCom

\"Lu Pikir Lah Sendiri...\"

NAK JADI ORANG TENGAH?

Lazim nya bila bicara tentang sebutan orang Melayu tentang kata nama "ORANG", maka terbitlah perkataan kamu ni Orang Minyak atau Orang Bunian dan terhebat sekali ialah kamu ni Orang UMNO atau PAS maupun KEADILAN, jadi jarang2 kedengaran orang nak jadi Orang Tengah, jika ada pun pengadil dalam perlawanan bola sepak senentiasa ke tepi, ke tengah dan ke penjuru dalam perlawanan bola sepak tersebut dan jarang2 sekali jadi orang tengah    padang, itu pun kerana nak mulakan perlawanan. 

Setahu saya perjawatan yang di sandang dalam Intitiusi Kerajaan dan Jabatan hanya lah kepada Kementerian dan Jabatan yang di sandang, sama ada jadi pengarah atau kuli, tetapi dibawah Kerajaan Barisan National sejak di zaman penguasaan Mahathir, perubahan gila2 telah berlaku, Ketua Pengarah dan Ketua Jabatan pun dah di arah menjadi  "Orang Tengah" pada kehidupan rakyat  yang mengamal demokrasi  Politik sihat dalam Tanah Air, jawapan nya, Lu fikir La   sendiri mengapa terjadi begini, bagi penulis ini menunjukkan UMNO dah menanti saat "rumah kata pergi, kubur kata mari", betul tak?.

 

HIDUP AKU IBARAT BURUH DI NEGARA SENDIRI (BN: BARANG NAIK)

Aku tinggal di section 7 Shah Alam, kerja aku hanya sekadar kuli di sebuah kilang di Kawaasan Industri Shah Alam, mempunyai anak 5, isteri aku buat kerja part time mengasuh anak2 jiran, bolehlah pendapatan rm500 untuk menampung kos saraan hidup kami.

Gaji aku, bila di tolak bayaran kereta Viva, loan rumah kos sederhana, makan minum kami sekeluarga, perbelanjaan anak2 aku yang form 1, darjah 5 dan darjah 3 ianya menjadi debit, atas jenama kasih sayang,  isteri aku menyerah duit penat lelah nya sebanyak rm500 untuk menampung kos kehidupan yang mencungap2 dibandar raya ini, jadi bila di odit tinggal lah dalam rm120 untuk kami menyimpan sebagai tabong kecemasan, tapi selalu nya tiap2 bulan ada saja perkara2 KECEMASAN, umpama deman dan duit2 sekolah yang datang meminta seperti Badan Kebajikan kepada IbuBapa,  jika tidak bagi, kata pula kita tidak jaga pendidikan anak2.  Jadi bila sampai hujung bulan tinggal lah dalam rumah ibarat duduk di wad ICU, faham2 aje lah.

 

BOLEHKAH PAS MENAWAN HATI PENGUNDI MELAYU

Bagus juga persoalan ini, lalu penulis cuba nak masuk campur dalam memberi pandangan agar MELAYU yang ada, berfikirlah secara melayu berpendidikan bukan berfikir secara sekumtum bunga yang  me"LAYU". Setakat nak banci pendidikan Melayu ketika ini, tak payahlah krn pak mentua penulis pun form 3 graduate, jadi boleh berfikir secara graduatenya.

Jadi kena ingat bahawa kamu pemimpin2 PAS adalah Melayu, bila ada kesedaran kita ini berbangsa Melayu, maka kena kenal pasti diri kita dulu, ada atau tidak perangai2 Melayu?. Jika ada maka berat jadinya, jika tiada adalah baiknya pemimpin PAS ketika ini baca dan memahami penulisan saya agar PAS tidak di ibaratkan "PAHAT berbunyi RUMAH tak siap2".

 

UMNO Ke Sarawak...

 

Tengok, jangan tak tegok

Jika tak tengok anda...

 
Halaman 3 daripada 21