Sepanjang hujung minggu ini saya terus menerus memimikrkan isu ini dengan mendalam. Begi saya, ini adalah satu perkembangan yang sangat-sangat menyedihkan.
Ahli-ahli PAS dimomokkan supaya sentiasa memberi wala’ kepada kepimpinan. Malahan, orang seperti saya ini telah dilabel sebagai seorang yang tidak memberi wala’ kepada kepimpinan.
Saya adalah produk tarbiyyah PAS. Bezanya, saya mula ditarbiyyah sebelum geng2 Terengganu mengmbil alih silibus tarbiyyah. Zaman saya, kami ditarbiyyah untuk memberi wala’ pada Allah dan Rasul. Dan segalanya mesti berdasarkan hujjah, bukan ketaatan membabi buta seperti yang kita lihat sekarang ini.
"bila anda mendengar ada di antara pemimpin-pemimpin PAS berkata, “kita akan terus berunding dengan UMNO dan akan terus bersama Pakatan”, fikirlah masak-masak dan ingatlah kalimah ‘Boneka UMNO’ yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz yang amat-amat kita sayangi itu"
Nik Aziz, di hina oleh Timbalan Presiden PAS, lebih dasyhat dari penghinaan oleh mana-mana musuh politiknya.
Bukankah saya sudah dedahkan di blog ini bahawa PAS akan dibawa menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun 2009? Bukankah ramai yang terkejut dan ramai juga yang memaki hamun saya dengan pelbagai bahasa yang indah-indah. Dan bukankah ramai sudah terlupa apa yang saya tuliskan itu.
Saya bukan Nujum Pak Belalang, saya bukan kaki temberang. Tetapi apa yang jelas ialah, pada penghujung April 2009 yang lalu, pemimpin-pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional (bukan UMNO) telah di dalam beberapa sessi bertemu akar umbi memberitahu bahawa PAS akan dibawa menyertai BN pada bulan Jun 2009.
Adobe Flash Player not installed or older than 9.0.115!
Ustaz Ahmad Awang, bekas Naib Presiden PAS Pusat, telah mengesahkan bahawa wujud usaha membawa PAS kepada UMNO dari pimpinan tertinggi PAS sendiri. Siapakah orang yang di maksudkan itu...