Anda di sini:

Talkjanz dotCom

\"Lu Pikir Lah Sendiri...\"

Ulama kena rasuk jembalang...

 " apa kena dengan ulama' sorang ni, jembalang mana pulak yang dah merasuk" - Cikgu Zainal (NYDP Pas Kawasan)

Pas perlu dipimpin para ulama

KOTA BHARU 9 Mei – Ketua Dewan Ulama Pas, Mohamed Daud Iraqi tetap bertegas mahukan ulama memegang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu serta salah satu jawatan Naib Presiden.

Beliau berkata, ketegasannya itu bukan satu kehendak peribadi tetapi merupakan pandangan yang dibawa Islam sendiri.

Menurutnya, kalau benar Pas mahu melaksanakan Islam, mereka mesti memastikan kedua-dua jawatan tertinggi dipilih di kalangan calon yang mempunyai kelulusan ilmu agama secara formal sekurang-kurangnya pada ijazah pertama.

“Mesti Presiden dan Timbalan Presiden itu ulama kalau benar kita (Pas) mahu laksana Islam. Nombor satu dan dua mesti ulama dan juga seorang dari Naib Presiden. Sebabnya kalau tidak ada salah seorang itu ulama, maka yang nak naik (ganti tempat di atas) seolah-olah melompat pula.

 

Gandingan ulama, profesional terajui gerakan Islam - Nik Aziz

KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) - Tidak sepatutnya berlaku pengasingan di antara ulama dan profesional memandangkan dua kelompok tersebut menerajui gerakan Islam di mana sahaja sekarang.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hanya penjajah barat sahaja yang sengaja mengasingkan kelompok-kelompok tertentu seperti memisahkan antara agama dan politik.

"Sampai kita terbawa-bawa dengan isu tersebut. Bukan sekadar berlaku di Malaysia tetapi di negara Arab juga. Negara Arab dijajah Perancis. Penjajah mengasingkan agama dan politik.

 

Nak Jadi Macam Umno Ke?

Apemenda AJK PAS Pusat sorang ni...Rasulullah SAW tak pernah meleraikan mana-mana perjanjian yang dibuat baginda. Dah jadi macam umno pulak.

Penanti: PAS Pulau Pinang mahu perjanjian Pakatan dikaji semula

KEPALA BATAS: Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang mahu pucuk pimpinan parti itu mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti hanya ditandingi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti pada 31 Mei ini semata-mata demi memelihara amalan demokrasi yang sihat.

 

Yang Mana Satu Idaman Kalbu...

Yang Mana Satu Idaman Kalbu...
Husam Musa
Azizan Abdul Razak
Nasharuddin Mat Isa
Muhammad Sabu
 
 

Sinar Harapan

 
Halaman 7 daripada 21