Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Semasa

NURI DI ANGKASA, UMNO DI DARAT, BAGAIMANA KESELAMATAN NEGARA?

Oleh: Pesara Air Crew Nuri

 Baru ini Negara dikejutkan oleh harga pembelian helikopter EC-725 yang harganya sepatut RM82 juta sebuah tapi mencecah sampai RM 193 juta (Rm111 juta lebih ni nak masuk poket siapa?).  Paklah terpaksa  “Tangguh” pembelian tersebut konon nya memandang kepada ekonomi Negara tidak teguh dan begitu juga ekonomi global, sedangkan Najib sebagai Menteri Kewangan beriaya benar ekonomi Negara sedang membangun dan naik. Yang mana satu benar di atas kenyataan PM dan TPM ini tidaklah dapat di ketahui bentuk kebenaran dan alasan nya,  tapi apa yang jelas di sini menteri-menteri di Malaysia adalah umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang berdasarkan politik suku sakat dan berdaya ampu sana, ampu sini.

 

Azahan Atan, juara Akademi Nasyid di TV9.

 

 "Siapa agaknya Azhan Atan ni..?"

"Akademi Nasyid dan Azhan Atan? Apa kaitannya??"

Mungkin ramai sahabat-sahabat di Malaysia sudah maklum dengan kemunculan satu lagi program realiti TV di TV9; Akademi Nasyid. Dan mungkin juga ramai yang telah tahu akan siapa itu Azhan Atan.

Tidak banyak yang ingin saya ulas mengenai rancangan Akademi Nasyid itu sendiri tetapi saya ingin membawa sahabat-sahabat untuk mengambil iktibar daripada salah seorang peserta akhir program tersebut; Azhan Atan.

 Selain suara yang merdu persis suara Hattan, Jamal Abdillah & M. Nasir; Azhan Atan merupakan anak muda yang tergolong dalam kumpulan OKU!! Namun, selepas konsert pertama Akademi Nasyid, beliau mendapat undian tertinggi daripada masyarakat yang menonton realiti TV tersebut. Mengalahkan peserta-peserta lain yang normal/bukan OKU.

 

Nik Aziz ragui sumpah Saiful

 Mursyidul Am PAS tidak mempercayai sumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sentiasa yakin penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikaitkan dengan tuduhan meliwat, menjadi mangsa konspirasi politik.

"Saya tetap dengan pendirian bahawa fitnah terhadap Datuk Seri Anwar adalah konspirasi politik.

"Saya juga berpendirian bahawa sumpah yang dibuat oleh orang yang menuduh baru-baru ini penuh dengan persoalan dan keraguan," kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam rayuannya kepada pengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan membuat keputusan 26 Ogos ini. "Atas kesedaran ini, jauh dari dasar hati biarpun terlantar di katil hospital, izinkan saya menggagahkan diri, merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik menentang keras budaya fitnah dan konspirasi yang menjelekkan seumpama ini."
 

Pertandingan 3 penjuru di Permatang Pauh

 Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima tiga bantahan tetapi tiada calon yang ditolak.
 

Permatang Pauh: Kempen 10 hari, mengundi 26 Ogos

 PUTRAJAYA: Buat kali kedua dalam tempoh lima bulan, lebih 58,000 pengundi Parlimen Permatang Pauh akan kembali ke pusat pengundian untuk memilih wakil rakyat mereka yang baru - pada 26 Ogos ini.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu, yang pertama selepas pilihan raya umum ke-12, ditetapkan pada 16 Ogos dengan tempoh untuk berkempen selama 10 hari.

Pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu selepas ia dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada Khamis lalu.

 
Halaman 1 daripada 5