Oleh: Pesara Air Crew Nuri
Baru ini Negara dikejutkan oleh harga pembelian helikopter EC-725 yang harganya sepatut RM82 juta sebuah tapi mencecah sampai RM 193 juta (Rm111 juta lebih ni nak masuk poket siapa?). Paklah terpaksa “Tangguh” pembelian tersebut konon nya memandang kepada ekonomi Negara tidak teguh dan begitu juga ekonomi global, sedangkan Najib sebagai Menteri Kewangan beriaya benar ekonomi Negara sedang membangun dan naik. Yang mana satu benar di atas kenyataan PM dan TPM ini tidaklah dapat di ketahui bentuk kebenaran dan alasan nya, tapi apa yang jelas di sini menteri-menteri di Malaysia adalah umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang berdasarkan politik suku sakat dan berdaya ampu sana, ampu sini.
Bak kata seorang Mat Rempit di Ibu Kota, bila di ajukan soalan kenapa awak merempit, dengan selamba dan berseloroh beliau menjawab, I nak defence Negara la, dengan ujud pasukan khas tentera 'Kor REMPIT’, masuk akal juga, kerana inilah hasil BN (Umno) sepanjang mereka memerintah Negara selama sedekad, dan kebenaran sebenar adalah antara NURI dan UMNO masing2 dan terlalu “TUA”. Sabagai bekas seorang AirCrew Nuri mungkin cerita2 Nuri sama dan sehati sejiwa dengan AirCrew Nuri pada ketika ini, begitu juga dengan mana2 AirCrew jenis pesawat pengangkut dalam perkhidmatan TUDM. Soal pengendalian nya agak sama, Cuma definasi pengendalian barang lama dan baru sangat berbeza, jadi tidak perlu penulis menceritakan nya secara detail. Apa yang perlu dilihat ialah pada nyawa2 kami yang mungkin jadi sia2 belaka kerana terkorban bukan nya untuk mempertahankan Negara tetapi kerana mempertahankan kecacatan teknikal pada pesawat2 dan peralatan yang dikendalikan sudah pun “out of date” dan tidak efficiene lagi.
Memang agak tidak wajar dan keterlaluan jika pemimpin Negara ini dengan bapak2 Jeneral Angkatan Tentera sekadar ingin mengaut keuntungan sedangkan para juruterbang dan perajurit dijadikan pasukan “test pilot or harakiri pilot”. Sayugia diingatkan pada Menteri2 dan bapak2 Jeneral, kemasukkan kami dalam Angkatan Tentera Malaysia bukan sekadar untuk menerima gaji tetapi kami dilatih dan berkhidmat selama 21 tahun ini adalah untuk mempertahankaan Negara yang tercinta bukannya pada Menteri2 yang haprak dan bapak2 Jeneral yang “Yes Sir” sahaja. Doa dan restu ibu bapa kami dalam merestui kami untuk berkhidmat dalam Angkatan Tentera perlu dipandang tinggi, bukan nya sekadar “insuran nyawa” yang mereka perolehi nanti kerana kami terkorban. Lebih mulia pemergian kami jika dicatit sebagai pejuang mempertahankan Negara tetapi bukannya mati disebabkan jatuh nya sesebuah pesawat kerana diklasifikasikan sebagai kerosakan teknikal dan dah TUA dan UZUR.
Kadang kala slogan sumpah “TAAT SETIA” kami kepada Raja dan Negara, telah disia2kan oleh para pemimpin Negara, jadi jangan tuduh pulak kami tidak sokong pada Menteri dan Kerajaan yang sedia ada, tapi perlu kah kami setia pada kamu sedangkan kamu tidak pernah setia pada kami?. Penulis merasa jika pesawat Nuri dikira sudah TUA/ UZUR dan patut di groundkan maka mengapa tidak pada BN (Umno)?. Jika PM sekadar nak jawab “Tangguh” pembelian kerana ada berbau skandal dalam pembelian E-725, kemungkinan juga ada ground crew dan air crew akan menangguh semua flight kerana terfikir pada alasan2 kerosakkan teknikal (mungkin juga yang jadi penumpang itu dan terlalu TUA dan UZUR). Oleh itu wajarlah juga sekiranya Projek Kera (jaan) BN ini ditukar kepada kerajaan baru kerana semua pemimpin BN dan terlalu TUA dan UZUR saperti kata mantan PM TUN Mahathir “dah lama dah” , betul tak TUN???.
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 376
Komen (0)

Tulis komen.
| < Sblm | Seterusnya > |
|---|