Anda di sini:

Talkjanz dotCom

Siapa Betul ? .. lu fikir la Sendiri !!!

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Utusan Online  - 17 Aug 2008

 

“… mahu semua pihak tidak memperlecehkan tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah laknat mengikut syariat Islam.Abdullah berkata, lafaz sumpah itu dilakukan sendiri Mohd Saiful, bukannya paksaan kerana mengangkat sumpah adalah satu perkara yang berat.Walaupun mungkin ada orang pertikai dengan mengatakan cara dia itu tidak betul, di hati dia ada sesuatu berupa niat bagi melahirkan sesuatu dalam bentuk sumpah atas nama Allah.”

 

Azlan mat lazim ,Bapa Saiful Bukhari

Utusan Online – 17 Aug 2008“Saya yakin Mohd. Saiful telah menjalani proses mengangkat sumpah secara tertib mengikut apa yang disyariatkan dalam Islam.Ini termasuklah diadakan di dalam masjid pada hari Jumaat, dalam keadaan suci berwuduk, berkiblatkan Kaabah serta mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi. Kerana itu, saya mencabar mereka yang mengkritik Mohd. Saiful untuk tampil menunjukkan ‘cara yang betul’ bagi membuktikan kaedah yang digunakan oleh anak saya adalah salah,’’

 

 

Dato’ Asri  Zainal Abidin
Mstar Online – 18 August 2008

"Menurutnya, lafaz sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23,  bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.Lafaz sumpah itu betul mengikut ajaran Islam tetapi tindakan memegang Al Quran dan berada dalam masjid tidak perlu dilakukan,"





















 

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat
HarakahDaily .17 Aug 2008

“Dato’ Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible. Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.Sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.”



 

Dato’ Haron din
Mstar Online  - 16 Aug 2008

“Sumpah hanya boleh dilakukan di mahkamah yang membicarakan kes ini, Sumpah dalam Islam dikenakan kepada orang yang kena tuduh dan bukannya orang yang menuduh.Orang yang menuduh wajib untuk membawa bukti-bukti yang kukuh.Orang yang kena tuduh pula perlu membawa bahan bukti yang menolak bahan bukti si penuduh.Namun selepas itu barulah orang yang tertuduh itu memilih untuk bersumpah  ataupun kedua-duanya sekali.Sumpah mengikut hukum Islam hanya dilakukan dengan menyebut nama Allah tanpa perlu menggunakan al-Quran.”















Komen (0)add comment

Tulis komen.

busy