Idris Jala kata Malaysia akan bangkrap, kenapa? Nak tau sebabnya?
Macamana tak bangkrap, aset negara habis semua di bolot kroni kerana penswastaan, Telekom, TNB, KTM,MAS, MISC. Siapa punya syarikat tersebut sekarang ni. Siapa sebenarnya disebalik nama Khazanah Nasional dan Syarikat Prasarana Negara kalau bukan kroni-kroni BN. Semua milik negara dijadikan milik BN.
Bank Negara bagaikan ahlong kepada kroni BN, Zeti? Nor Yaacob? Awg Adik? Semua Terimakasih kepada Maha, PakLah dan Najib one Malaysia kerana bangkrapkan negara.
Termasuklah bagaimana MAS yang pernah dijaga Idris rugi dan akan bengkrap bila 3 buah lukisan yang menghiasi dinding di pejabat Pengerui MAS yang bernilai RM1.5 juta dan seorang Pengurus Kanan MAS bernama Chris Andrews, seorang warga asing yang dibayar gaji RM7,525 sehari! (bersamaan hampir suku juta sebulan ataupun RM2.7 juta setahun!)
Bayangkan macamana Malaysia tak bangkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila
1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.
Adakah rakyat akan termakan dengan cakap-cakap Idris yang cuba untuk memperbodohkan rakyat itu, lsebenarnya negara kita telahpun bangkrap kerana kerakusan pemimpin BN mengambil harta rakyat setiap kali mandat diberikan.

| < Sblm | Seterusnya > |
|---|