Bagus juga persoalan ini, lalu penulis cuba nak masuk campur dalam memberi pandangan agar MELAYU yang ada, berfikirlah secara melayu berpendidikan bukan berfikir secara sekumtum bunga yang me"LAYU". Setakat nak banci pendidikan Melayu ketika ini, tak payahlah krn pak mentua penulis pun form 3 graduate, jadi boleh berfikir secara graduatenya. Jadi kena ingat bahawa kamu pemimpin2 PAS adalah Melayu, bila ada kesedaran kita ini berbangsa Melayu, maka kena kenal pasti diri kita dulu, ada atau tidak perangai2 Melayu?. Jika ada maka berat jadinya, jika tiada adalah baiknya pemimpin PAS ketika ini baca dan memahami penulisan saya agar PAS tidak di ibaratkan "PAHAT berbunyi RUMAH tak siap2".
Sama ada pimpinan PAS suka atau tidak suka, kemenangan 23 kerusi parlimen (melayu) pada 2008 yang lalu adalah kerana tsunami politik, bukan pengundi Melayu suka sangat pada PAS tetapi kerana muak dengan kelembapan ekonomi dan politik dibawah kepimpinan PakLah , itu sahaja yg menjadi PAS menumpang tuie nya, tetapi tsunami itu tidak berlaku di Kelantan dibawah kepimpinan TGNA, jawapan kenapa tiada berlaku tsunami boleh di jawab oleh Timb Presiden, Naib Presiden dan Dr Hatta Ramli dari PAS yang menjadi ahli Parlimen Cik Siti Wan Kembang itu.
Mungkin juga orang Melayu Kelantan very educated in politikal survival, mungkin juga mereka dari gulangan Melayu yang rajin berfikir dan tidak permalas ataupun Melayu2 di Kelantan tidak pernah lupa cuma CekDet kita sahaja yg suka menyebut " Melayu Mudah Lupa".
Penulis berpeluang bermalam dirumah Mullah (allahyarham) Chegu Mohd Fakaruddin bekas pengarah pilihanraya PAS di zaman Dato Asri Muda menjadi Presiden PAS. Memang kepintaran dan kepakaran beliau dalam gerakan PilihanRaya diperakui oleh pihak lawan, jika nak cerita sebutan dan pandangan nya tentang Melayu memang panjang, tetapi penulis ambil yang akhir cerita2nya ialah kepimpinan PAS kebanyakan kata nya "EGO" (ucapan pada 1992), maksudnya ego itu dalam menerima pandangan orang yang bijaksana dan malas berfikir jauh dalam dalam arena persada politik Malaysia, hanya cukup sekadar ini apa yang ada pada diri mereka. Bukti nya ialah apabila ketiadaan allmarhum Ust Fadzil Noor, penulis berharap para pembaca yg arif boleh jawab sendiri keadaan kepimpinan PAS dulu, kini dan selamanya. (ucapan bernas oleh Ust Fadzil Noor "Ulama itu profesional dan Profesional itu Ulama") jangan pulak Melayu itu terlalu menyemak, maka jumpalah the only "One Malaysia versi One Israel" by One NAJIB.
Sebelum penulis sentuh retreat PAS baru2 ini, kepimpinan PAS sedia mengetahui bahawa kerusi parlimen Melayu adalah seperti berikut PKR 10, PAS 23, UMNO 65 dan BEBAS 3. Dalam dakwaan Naib Presiden PAS sokongan Melayu pada PRU12 pada 2008, sokongan Melayu pada PAS ketika itu ialah 42 hingga 46 peratus, jika ditanya secara saintifik yg mana satu 42 ke atau 46 peratus, jadi dalam matematik moden akan diambil kira juga dari 42 hingga jadi 46 iaitu 43, 44 dan 45 perlu ada jawapan yg solid bukan sekadar andaian macam Chegu PA (Mustapha Ali) yang pakar dalam bidang andaian dan menerima tauliah dari chegu Kedah nya arif dalam bidang andaian (jangan marah ya, yang benar tetap benar).
Jadi orang melayu macam mana yg PAS perolehi 42-46 peratus itu, perlulah dijelaskan secara jelas dan berfakta. Jangan jadi sebuah ajensi kajian yang PAS selalu merujuk, yang terbaru kajian nya ialah Melayu split into 2, setahu penulis pada tahun 1951 lagi Melayu dah split into 2 kerana tertubuhnya PAS, dai ane Poodah punya kajian makan gaji buta punya ajensi. Jadi jelas di sini pemimpin PAS no brain and no ideas untuk menjana Parti kearah peralihan kuasa pada PRU 13, lebin percaya andaian dari perkara nyata kerana kita orang Melayu suka sangat percaya cerita hayalan dan seram2 sejuk. Akhir nya orang Melayu itu di iktiraf sebagai kurang Tarbiayah.
Pas telah wujudkan CC, Perpaduan Ummah dan dah hampir 24 tahun, tolak sana, bahagi sini, ini untuk kamu dan ini untuk aku, barulah kali ini PAS menerima keujudan Dewan Perwakilan Cina dan India dalam persidangan Agongnya, sedangkan ahli bersekutu yang di suarakan oleh kepimpinan pada 1988, tengelam, timbul ibarat "tolan mati omak, tak tolan mati apaknyo", duk kelok2 dalam tekak, jadi begini mengapa?, kerana banyaknya ustaz-ustaz dalam PAS beri banyak fatwa2 nafsu, dia ni JIM lah, dia tu ABIM lah, dia ni WAHABI lah, si anu SYIAH lah dan akhir sekali dia ni kurang TARBIAYAH, inilah menjadi fakta dan cop mohor Melayu dalam PAS. Penulis menjaka pa'el ini masih lagi jadi getah sekerab dalam hati kepimpinan PAS, tidak percaya tunggu dan lihat, perangai Melayu tak lari sheh.
Contoh ketara ialah semasa perhimpunan tahunan PAS di butik Kelantan baru ini, ada permahati politik beranggapan ucapan dasar Presiden macam "Hampeh", atau dengan izin "Kosong", dan dalam persidangan Ulama pulak dengan megah atau GAH nya si ketua pula bercerita kononnya beliau telah memindah pengundi luar ke dalam DUN nya, apa punya lalok Ketua Ulama PAS ni, dari A hingga Z dari 1986 hingga 2010 asek2 cerita tentang kurang TARBIAYAH, cuma penulis nak tanya PAS ni Parti Politik ke atau Parti Tarbiayah, buatlah keputusan dan pemilihan yang jelas lagi tepat agar penyokong dan para pendukong PAS tidak tersesat jalan, yang pasti lagi jelas ikutlah kata2 dan pandangan TGNA, ore kelantan kata "BEREH". Jadi jelas kini bahawa ucapan dasar presiden baru ini tiada ahli pemikir yang berkeliber hanya tertumpu pada pandangan citarasa peribadi permanent head damage (Phd) SitPol ayah cik, jangan marah penulis bukan asobiayah kenegerian.
Ada ke patut, mu jemput wakil2 kedutaan hadir di majlis perasmian (termasok Duta USA), alih2 buat2 bodo sokmo, buat bena besar2 adakan bendera Amerika dan Israel, ajak pulak ahli PAS pijak dan latam atas bendera Amerika, bila habis perasmian maka protokol2 mengiringi wakil2 kedutaan termasok wakil kedutaan Amerika melihat jijakkan dan lataman Pemuda PAS ke atas bena yang terhampar di pintu masuk utama BUTIK dengan terpampang nya slogan "PAS for ALL", nih, rakyat amerika ada yang OK, cuma pemimpin mereka yang tak OK, macam ahli UMNO juga, ada yang terang2 undi PAS, cuma pemimpin Umno semacam pemimpin Amerika.
So, bolehlah kata dekat penulis , apa kamu duk sibok2 sangat ni, bukan nya apa nak bagitau kerana kamu pemimpin2 muda dalam PAS tidak ada lansong jiwa profesionalisma, hanya sekadar hebat terbawa2 perangai Melayu, yang menarik nya Timb Pengarah Persidangan boleh beri jawapan sinis bila di ajukan soalan, u tidak patut buat macam ini kerana ianya menampakkan kita tidak menjaga hubungan diplomatik antara bangsa, jawapan beliau, 'dah masuk kandang PAS jadi ikut PAS lah, jadi bila masuk kadang babi ikut babi lah kita wahai orang kedah oiii.
Jadi, banyak lagi perangai Melayu berada di dalam jiwa dan sanubari pemimpin PAS, tidak kiralah balek dari Mesir ke, Jordon ke, Syria atau mana Negara2 di luar sana, jijak sahaja kaki ke dalam PAS maka tertonjol perangai buruk orang Melayu, tambah2 golongan elite dalam PAS iaitu dari kalangan Al Ustaz, senjata dan nuklear mereka ialah TARBIYYAH & WALA' sehinggakan nak ajak bekerja dalam program PAS Cawangan pun kena terima arahan dari Naqib Usrah (mentor), jika naqib tidak setuju maka " no way men". Jika masuk dalam program Tarbiayah, Tamrin dan Tampan umpama pintu syurga telah terbuka, tetapi bila tengok dalam program pengurusan dan pentadbiran maka pintu neraka lah menjadi jalan utama ke pintu syurga.
Nampak nak menang tapi tidak daftar jadi pemilih "Pelik tapi Benar", tolong tanya orang kita di Perak, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Melaka, N. Sembilan, Johor amnya Trengganu kite , ada ajak orang kita yang cukup umor untuk DAFTAR PEMILIH jika tidak, haiyah lu orang banyak teruk maa...!!. Apa yang pemimpin PAS perlu prihatin ialah kelayakkan anda semua untuk bersama rakyat bawahan amnya orang Melayu yang dah rosak oleh Umno dan Barisan National (287.000 orang didaftar sebagai anak luar nikah by Mami Syarizat) dan tidak berperangai macam pemimpin MIC yang ada kasta2nya (orang Melayu dulu2kan ada dewa2nya juga).
Jika barisan kepimpinan PAS tidak mahu berubah dan di ubahkan maka tunggulah saat anda di tolak dari kerusi2 parlimen orang Melayu mungkin cukup dengan sekadar perolehi lemmert, toto atau tikar2 getah buatan negara jiran Thailand, jadilah noo . Janganlah pemimpin PAS berkonsepkan Car Wash fully Auto, duduk dalam kereta sambil melihat pembersihan kotoran dan comotkan dilakukan, hasilnya kereta bersih tetapi tuan nya duk comot dan selekeh sokmo2. Yang jelasnya ialah Pas split into 3, satu golongan Ustaz2, keduanya golongan profesional dan ketiganya golongan cacamerba.
Penulis merasa retreat pemimpin PAS baru2 ini perlu membuat post mortem tentang tidak sepakatan dalam perjuangan mereka dan mengubat penyakit hati dalam diri mereka, sepatutnya Ulama, Pemuda dan Muslimat memperbayakan Tarbiyyah Gerakan kerana Pas dari 1980 hingga kini (30 tahun), tak akan lah Rakyat Malaysia tak faham kamu tu siapa, bukan kah kamu "A Good Muslim". Sudahlah, cukuplah dengan doterin dan sikologi anda, yaitu hanya dari kalangan Ustaz2 sahaja yang layak menjadi pimpinan Pas "Bullshit Beb". Malaysia perlu "A Good Muslim Leader" perlu ada REFORMASI fikiran.
Jika kata ahli2 Pas macam anggota tentera pun boleh, apa tidaknya berjalan dalam 1 section, apa pun bersection2, nak campur orang ramai terlalu banyak inspection dan terlalu banyak berdetail akhirnya IMAGE kasta2 yang terpancul. So please "STOP IT" our muslim brother and sister in PAS rakyat Malaysia perlukan kamu.
Kerja2 dalam menjana jentera pilahanraya bagi menentukan kemenangan dalam PRU13 perlu ada gred dan grafnya, Rakyat Malaysia yang berdaftar pemilih akan membuat undian pada calun2 mana yang layak dan parti2 mana yang sihat, jika tidak silap penulis pengundi muda dalam daftar pemilih sudah hampir mencecah 40 peratus, cuba fikir sejenak mungkinkah aliran pengundi muda ini nanti akan menentukan parti mana yang akan memerintah Malaysia, jadi apa lagi buat keje daa..
Penulis juga ingin menegur pada pemimpin yang agak gila2 menjawab ISU, contoh Shafie Afdal kata PAS parti SESAT, mengapa perlu gila2 menjawab, sekadar nak dapat publisiti murahan boleh lah, bende2 tidak perlu dijawab janganlah gatai2 nak menjawab, it show u are not intelligent but to tololligent. Protes sedang berlaku kepada ulama muda dalam PAS, kenapa 35 orang ulama muda memasuki UMNO?, sila muhasabah secara rasional dan berilmiah.
Kesimpulannya penulis merasa pemimpin2 PAS perlu menerunkan index EGOTISM mereka dan tonjolkan image Good Muslim Leader, tidak kira lah kamu datang dari mana golongan, sama ada dari Ustaz ke, profesional ke, mahu pun cacamerba, setahu penulis, I would like to be a Good Muslim for Allah.

| < Sblm | Seterusnya > |
|---|