Lazim nya bila bicara tentang sebutan orang Melayu tentang kata nama "ORANG", maka terbitlah perkataan kamu ni Orang Minyak atau Orang Bunian dan terhebat sekali ialah kamu ni Orang UMNO atau PAS maupun KEADILAN, jadi jarang2 kedengaran orang nak jadi Orang Tengah, jika ada pun pengadil dalam perlawanan bola sepak senentiasa ke tepi, ke tengah dan ke penjuru dalam perlawanan bola sepak tersebut dan jarang2 sekali jadi orang tengah padang, itu pun kerana nak mulakan perlawanan. Setahu saya perjawatan yang di sandang dalam Intitiusi Kerajaan dan Jabatan hanya lah kepada Kementerian dan Jabatan yang di sandang, sama ada jadi pengarah atau kuli, tetapi dibawah Kerajaan Barisan National sejak di zaman penguasaan Mahathir, perubahan gila2 telah berlaku, Ketua Pengarah dan Ketua Jabatan pun dah di arah menjadi "Orang Tengah" pada kehidupan rakyat yang mengamal demokrasi Politik sihat dalam Tanah Air, jawapan nya, Lu fikir La sendiri mengapa terjadi begini, bagi penulis ini menunjukkan UMNO dah menanti saat "rumah kata pergi, kubur kata mari", betul tak?.
Takkala Jabatan Mufti Malaysia belum selesai memberi fatwa atau kata putus tentang ESQ , aleh2 timbul pulak MUTEK Perak, yang di kira Mutek Veteran yang sepatut nya berhenti Laa, dah Lama daa, masih nak jadi orang tengah dalam persada Politik tanah air, sepatutnya selama beliau berkhidmat belum pernah penulis dengar, dia nak jadi orang tengah suruh MIC dan MCA supaya menolak Umno, ataupun beritahu MCA, MIC dan rakan2 kompenan dalam BN, this is the way of islam in UMNO, daii Mutek porah dah, Judi Bola apa kate kome?.
Rekod Mutek Perak ini dalam pembinaan Kerajaan Pakatan di Perak dahulu amat memalukan Rakyat Malaysia yang memahami hidup berdemokrasi, tercemar kerana kepekatan kefahaman Nationalisma dan kemelayuan nya, maka walaupun penulis bukan ahli agama, tapi penulis mengatakan bahawa Mutek ini terlalu banyak fahaman KURAFAT atau lebeh tepat dah NYANYUK. Sepatutnya beliau lebeh memandang berat dan mencari jalan untuk menjaga umat Islam amnya orang Melayu di Perak, dimana anak2 gadisnya kehilangan dara, anak2 lelaki menjadi perempit dan menjadi doktor pakar dalam cucuk mencucuk, bukan sekadar lulus kursus perkahwinan. Soalan nya disini, mengapa ada nya parti atau jemaah yang nak praktikkan "Islam the way of life", sekonyong2 Mutek ini sibuk pasal perpaduan Melayu, yang mana lebeh tepat keruntuhan akhlak Melayu kah atau Perpaduan Melayu.
Nampak nya Mutek ini sudah tidak ada kerja lagi di Jabatan nya, atau pun telah di lantik ke Perjawatan baru sebagai Ketua deligasi pencuci taik2 UMNO yang bertaburan dengan penuh keselekehan, jika ini kerja baru beliau maka 'ya sheh' tolong berhenti dari jadi Mufti dan jadi Ketua Perhubungan UMNO Perak supaya jelas duduk perkara sebenar siapakah kamu, takut2 nanti malaikat kata "Inte makan gaji bute, ya sheh".
Lu fikir La sendiri mengapa terjadi begini, bagi penulis ini menunjukkan UMNO dah menanti saat "rumah kata pergi, kubur kata mari",

| < Sblm | Seterusnya > |
|---|
